Summer PERUBATAN 2012

"Enjoy The Colour of Summer with PERUBATAN"

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri,

Disini kami menyediakan beberapa panduan bagi memudahkan urusan perjalanan anda ke HUKM.

1. KTM – KL Sentral – LRT Putra ( Gombak line) – berhenti di Masjid Jamek – LRT Star (Sri Petaling Line) – berhenti di Bandar Tun Razak – naiki teksi untuk ke HUKM ( tambang sekitar RM5)

2. Komuter ( Seremban line) > berhenti di Bandar Tasik Selatan – naiki teksi untuk ke HUKM

3. Dari negeri- negeri lain:

  • Dari negeri- negeri utara, berhenti di terminal bas Pudu Sentral – pergi ke stesen LRT Plaza Rakyat, ambil Sri Petaling Line – berhenti di stesen Bandar Tun Razak – naiki teksi ke HUKM

 

  • Dari negeri-negeri selatan, berhenti di terminal bas Bersepadu Selatan – naiki teksi ke HUKM

 

  • Dari negeri- negeri pantai timur, behenti di terminal bas Putra – pergi ke stesen LRT PWTC, dan ambil Sri Petaling Line – berhenti di Bandar Tun Razak - naiki teksi ke HUKM

Bagi mereka yang tidak mahu menggunakan khidmat teksi, pihak UKM berbesar hati untuk menyediakan khidmat bas ke HUKM. Tempat duduk untuk bas tersebut adalah terhad kepada 40 orang sahaja. Bas tersebut juga akan tiba sekitar jam 7.00 pagi 31 Ogos 2012 di Stesen LRT Bandar Tun Razak dan akan bergerak pada jam 7.30 pagi di hari yang sama.

Makluman penting:

1.Bagi pelajar yang memandu sendiri ke HUKM ,anda perlulah mempunyai surat jemputan untuk ditunjukkan kepada guard. Dan surat jemputan tersebut akan di keluarkan dalam masa terdekat dan  anda perlu muat turun surat tersebut di blog ini.

2.Sila rancang perjalanan anda dengan baik agar anda tiba tepat pada masanya.

3.Stesen dibuka seawal 6.00 pagi.

4.Semasa berada di Stesen Masjid Jamek, pastikan anda menaiki tren yang menuju ke Sri Petaling (Sri Petaling Line) kerana disitu juga terdapat tren yang menuju ke Ampang ( Ampang Line) di platform yang sama.

5.Para peserta diminta menghadirkan diri ke HUKM sebelum jam 8.00 pagi 31 Ogos 2012.

 

Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi :

Amir Fikri Bin Zulhilmi - 013-3260373
Siti Sarah Binti Mohd Hamdan - ‎019-2024531

 

Sekian Terima Kasih.

Unit Penempatan,
HOPE 2012.

Categories: HOPE, Malaysia